بسم الله الرحمن الرحيم Setelah Adam عليه السلام dan isterinya hawwa diturunkan ke bumi, baginda dan zuriat baginda berjalan di atas tauhid dengan beribadat hanya kepada Allah. Sehinggalah berlalu beberapa kurun, syaitan berjaya menyesatkan anak Adam dengan mengajak kepada mensyirikkan Allah melalui pengibadatan kepada orang-orang soleh. Perkara ini terjadi di zaman nabi Nuh عليه السلام….
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN TAUHID AR-RUBUBIYYAH
بسم الله الرحمن الرحيم Sebagaimana yang dimaklumi tauhid menurut ahli sunnah wal jamaah terbahagi kepada 3 iaitu tauhid ar-rububiyyah, tauhid al-uluhiyyah dan tauhid al-asma was sifat. Pada bahagian ini akan dijelaskan maksud tauhid ar-rububiyyah dan dalil-dalilnya. Semoga keterangan yang disampaikan akan menjadi pedoman buat orang yang mencari kebenaran. Makna Rob dan ar-rububiyyah Kalimah ar-rububiyyah daripada…
KENAPA TAUHID DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA
باسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه، أما بعد Allah سبحانه وتعالى memerintahkan manusia mentadabbur ayat-ayat AlQuran agar mereka dapat memahami dan menghayati isi kandungannya. FirmanNya : {كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته وليتذكر أولو الألباب} [ص : 29] “kitab Kami turunkan kepada kamu yang penuh dengan…
TAKUT HUKUMAN ALLAH
بسم الله الرحمن الرحيم Firman Allah : { وما أصابكم من مصيبة فبما كسبت أيديكم ويعفو عن كثير } { Dan apa yang menimpa kamu daripada musibah, maka ia berpunca daripada usaha tangan-tangan kamu sendiri dan DIA memaafkan banyak (daripada kesalahan dan dosa)} Apabila berlaku musibah dan bencana seperti tsunami, gempa bumi, banjir dan sebagainya,…
APA YANG PERLU DISEBUT APABILA MELIHAT ANGIN KENCANG
عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ” لَا تَسُبُّوا الرِّيحَ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ مَا تَكْرَهُونَ فَقُولُوا : اللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مِنْ خَيْرِ هَذِهِ الرِّيحِ وَخَيْرِ مَا فِيهَا وَخَيْرِ مَا أُمِرَتْ بِهِ، وَنَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ هَذِهِ الرِّيحِ وَشَرِّ مَا فِيهَا وَشَرِّ مَا أُمِرَتْ بِهِ “- رواه الترمذي Daripada…
PENGENALAN ILMU TAUHID
بسم الله الرحمن الرحيم Ilmu tauhid merupakan ilmu yang terpenting di dalam kehidupan manusia. Ini kerana Allah عز وجل tidak mencipta manusia melainkan untuk mentauhidkanNya. Kerana inilah Allah menurunkan kitabNya dan mengutuskan para rasul. Firman Allah : {وما أرسلنا من قبلك من رسول إلا نوحي إليه أنه لا إله إلا أنا فاعبدون} [الأنبياء : 25]…
DUNIA INI ADA PENGHUJUNGNYA
بسم الله الرحمن الرحيم. Dunia ini ada penghujungnya. Oleh itu jangan lupakan akhirat. Sekiranya anda asyik dengan kehidupan, anda akan mengabaikan tanggungjawab mengejar kesejahteraan dan kebahgiaan yg kekal abadi. Namun tidak ramai yang memahami. { كلا بل تحبون العاجلة وتذرون الاخرة } { Sekali-kali tidak. Bahkan kamu kasihkan kepada dunia dan kamu meninggalkan akhirat }…
PENDAHULUAN
بسم الله الرحمن الرحيم السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Segala puji bagi Allah yang menunjukkan kepada hamba-hambaNya kebenaran melalui perutusan RasulNya dan penurunan Al-Quran. Selawat dan salam buat nabi terakhir yang membawa rahmat buat sekalian alam. Juga buat semua para sahabat dan pengikut baginda. Dengan mengharap taufiq daripadaNya kami berusaha mewujudkan blog yang menjelaskan kebenaran…