?Hadis 1 :
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما kata beliau :
“Rasulullah صلى الله عليه وسلم memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada kurma. Atau satu gantang daripada barli ke atas hamba abdi, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa dikalangan orang-orang Islam.
Baginda memerintahkan ia ditunaikan sebelum manusia keluar untuk menunaikan solat” – Muttafaqun ‘alaih
?Hadis 2 :
Daripada Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه kata beliau :
“Kami memberi zakat fitrah di zaman Nabi صلى الله عليه وسلم satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada barli atau satu gantang daripada kismis” – Muttafaqun ‘alaih
▪️Kata Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk :
“Di sisi kami tidak sah zakat fitrah dengan nilai. Inilah pendapat Malik, Ahmad dan Ibnu Mundzir. Kata abu hanifah : “sah”. Ibnu Mundzir menukilkan pendapat ini (sah) daripada Al-Hasan Al-Bashri, Umar Ibnu Abdil Aziz dan At-Tsauri. Kata beliau : kata Ishaq dan Abu Tsaur : tidak sah melainkan dalam keadaan darurat”
? Juzuk 6 kitab zakat
▪️Kata syeikh Muhammad Ibnu Hizam di dalam kitab فتح العلام :
“Jumhur ulama berpendapat tidak sah mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai. Ia merupakan mazhab Ahmad, Malik, As-Syafie dan Zohiriyyah. Kata At-Tsauri dan Abu Hanifah : boleh. Ianya juga diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bashri dan Umar Ibnu Abdil Aziz.
Yang betul adalah pendapat Jumhur✓ berdasarkan hadis Ibnu Umar dan Abu Said Al-Khudri di dalam bab ini. Mereka yang menyelisihi berdalil dengan atsar Muaz Ibnu Jabal رضي الله عنه beliau berkata kepada penduduk yaman : “datanglah kepadaku dengan kain-kain untuk aku ambil dari kamu sebagai ganti jagung dan barli. Ianya lebih mudah buat kamu dan lebih baik untuk orang-orang muhajirin di madinah”.
Atsar dikeluarkan oleh Yahya Ibnu Adam dalam kitab الخراج no 525 melalui jalur thowus daripada Muaz. Sanadnya terputus kerana Thowus tidak bertemu dengan Muaz.
? kitab zakat jilid : 2 .