بسم الله الرحمن الرحيم
Diantara perkataan yg digunakan oleh ramai masyarakat dunia pada hari ini adalah mengisytiharkan perang terhadap virus Covid-19. Istilah ini diguna pakai oleh negara komunis China sewaktu munculnya wabak tersebut. Kemudian ianya diikuti oleh banyak negara termasuk negara Islam. Apa yang menjadi persoalan di sini adakah istilah “perang” layak digunakan oleh orang Islam ketika berhadapan dengan wabak penyakit?
Sebagai manusia yang beriman, kita mengetahui musibah dan bala bencana yang datang merupakan hukuman dan peringatan dari Allah buat manusia. Ini disebabkan dosa dosa mereka. Firman Allah :
{وما نرسل بالآيات إلا تخويفا}
{ Dan tidaklah Kami utuskan para rasul membawa bukti-bukti (tentang kebenaran agama islam seperti mukjizat ) melainkan untuk menakutkan (manusia yg kufur lagi engkar) } – Surah Al-Isra : 59
Apabila sekumpulan Bani Israel tidak mempedulikan peringatan yang disampaikan kepada mereka, maka Allah datangkan azab yang dahsyat disebabkan keengkaran mereka. Firman Allah :
{فلما نسوا ما ذكروا به أنجينا الذين ينهون عن السوء وأخذنا الذين ظلموا بعذاب بئيس بما كانوا يفسقون فلما عتوا عما نهوا عنه قلنا لهم قردة خاسئين}
{ Apabila mereka tidak mempedulikan apa yg dipertingkatkan kepada mereka maka kami selamatkan orang-orang yang mencegah keburukan, lalu kami menghukum orang-orang yang berbuat zalim dengan azab yang dahsyat disebabkan keengkaran mereka. Apabila mereka melampaui batasan larangan, maka kami katakan kepada mereka : Jadilah kamu kera-kera yang hina } – Surah Al-A’rof : 165 – 166
Sesiapa yang mentadabbur ayat Al-Quran mereka memahami bala bencana dan musibah yang datang adalah hukuman Allah. Sekiranya manusia beriman dan bertaqwa bala bencana tidak akan datang menimpa mereka. Oleh itu, tidak selayaknya bagi umat Islam menguna pakai istilah seperti ini ketika berhadapan dengan ujian wabak penyakit. Mana mungkin kita memerangi wabak tersebut kerana yang menurunkannya adalah Rob kita yang Maha Agong lagi Maha Perkasa. Sepatutnya musibah seperti ini dihadapi dengan perasaan takut kepada Allah dan memohon keampunanNya. Kita tidak boleh terikut-ikut dengan manusia yang kufur kepada Allah lagi takabbur. Mereka sememangnya tidak beriman. Oleh itu, selayaknya mereka menggunakan istilah “perang” untuk melawan wabak penyakit.
Mungkin ada yang berkata ianya adalah simbolik bagi usaha melawan wabak tersebut. Saya katakan : Kita orang yang beriman tidak boleh melawan hukuman Allah. Istilah ini tidak sepatutnya digunakan. Tanggungjawab kita adalah tunduk dan merendah diri, mengakui kelemahan dan dosa-dosa kita lalu bertaubat dan memohon keampunanNya. Firman Allah :
{فلولا إذ جاءهم بأسنا تضرعوا ولكن قست قلوبهم وزين لهم الشيطان ما كانوا يعملون}
{ Kenapakah tidak ketika mana datang kepada mereka bala dan azab Kami mereka menundukkan diri (dengan kembali kepada agama Allah)? Akan tetapi hati-hati mereka menjadi keras dan syaitan menghiaskan amalan yang mereka kerjakan (tampak baik mengikut pandangan mereka) } – Surah Al-Anaam : 43
Marilah kita tunduk dan menghina diri kepada Allah untuk mengharap rahmatNya. Banyakkan menyebut istighfar dan bertaubat. Janganlah kita terikut-ikut dengan gaya manusia yang kufur kepada Allah. Kita hanyalah makhluk yg kerdil. Tanpa belas kasihan Allah kita akan binasa
ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفر لنا وترحمنا لنكونن من الخاسرين
جزاك الله خيرا
الله المستعان
بَــارَكَ اللّٰــہُ فِـيْكُــمْ
جزاك الله خيرا
Marilah kita bertaubat dan berusaha dengan lebih banyak untuk mengEsakan Allah.