بسم الله الرحمن الرحيم
Petunjuk Nabi dalam menangani wabak penyakit
1. Sekatan keluar masuk di wilayah yang terkena wabak penyakit. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
[ إِذَا سَمِعْتُمْ بِهِ بِأَرْضٍ فَلَا تَقْدَمُوا عَلَيْهِ، وَإِذَا وَقَعَ بِأَرْضٍ وَأَنْتُمْ بِهَا فَلَا تَخْرُجُوا فِرَارًا مِنْهُ
[ Apabila kamu dengar ia muncul di satu tempat, maka janganlah kamu masuk ke tempat tersebut. Apabila ia muncul di satu tempat ketika kamu berada di tempat tersebut, maka janganlah kamu keluar darinya kerana hendak lari daripada wabak tersebut ]
– Riwayat Al-Bukhori dan Muslim
2. Orang yang telah terkena wabak atau ada simptomnya hendaklah dilarang daripada bercampur dengan orang yang sihat. Sabda Rasulullah :
[ لَا يُورِدُ مُمْرِضٌ عَلَى مُصِحٍّ ]
[ Janganlah pemilik unta yang sakit mencampurkan untanya dengan unta yang sihat ]
– Riwayat Al-Bukhori dan Muslim.
Tindakan mengkuarantin mereka yang sakit adalah bertepatan dengan hadis ini.
Kesilapan besar yang dilakukan masyarakat dunia hari ini khususnya umat islam adalah membawa pulang rakyat masing masing dari tempat yang terkena wabak. Selain itu mereka membenarkan rakyat negara yang terkena wabak masuk ke negara mereka pada awal munculnya wabak tersebut. Ini jelas menyelisihi petunjuk Nabi صلى الله عليه وسلم.
Kalaulah masyarakat berpegang dengan petunjuk ini maka akan terkawal wabak penyakit daripada tersebar. Namun petunjuk ini tak dipraktikkan dengan sebenar-benarnya
والله المستعان
جزاك الله خيرا يا استاذ
الحمدلله
جزاكم الله خيراً يا أستاذ
بارك الله فيكم يا أستاذ
جيد
بارك الله فيك.