Panduan buat orang yang beriman tentang cara berlindung daripada wabak penyakit

بسم الله الرحمن الرحيم

[ Panduan buat orang yang beriman tentang cara berlindung daripada wabak penyakit ]

Ketahuilah bahawa wabak penyakit merupakan sebahagian daripada azab yang Allah turunkan disebabkan dosa dosa manusia. Cara untuk selamat daripadanya adalah dengan :

1. Istighfar. Firman Allah :

{ وَمَا كَانَ اللَّهُ مُعَذِّبَهُمْ وَهُمْ يَسْتَغْفِرُونَ} [الأنفال : ٣٣]

{ Dan Allah tidak sekali-kali akan mengazab mereka dalam keadaan mereka memohon keampunan } – Surah Al-Anfal ayat 33

2. Memohon bantuan Allah kerana tiada yang dapat mengangkat wabak penyakit melainkan DIA. Firman Allah

: {وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ} [الأنعام : ١٧]

{ dan sekiranya Allah mengenakan kemudaratan kepada kamu maka tiada siapa yang dapat menghilangkannya melainkan Dia} – Surah Al-An’am ayat 17

3. Mengamalkan zikir khususnya zikir pagi dan petang. Sabda Rasulullah :

مَنْ قَالَ : “بِاسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ” ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

[ Siapa yg menyebut

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم

sebanyak 3 kali, dia tidak akan ditimpa bala yang datang mengejut sehingga ke pagi. Dan siapa yg menyebutnya sebelah pagi 3 kali, dia tidak ditimpa bala mengejut sehingga ke petang ] – Riwayat Abu Daud

4. Meruqyah diri dengan ruqyah yang diajarkan Rasulullah dan mengambil bahan alami yang boleh menguatkan daya tahan badan seperti makan 7 biji kurma ajwa sebelum sarapan, madu dengan bawang putih dan habbatus sauda.

5. Kekuatan jiwa iaitu yakin bahawa tidak akan menimpa kita melainkan apa yang telah Allah tulis untuk kita. Sekiranya wabak tersebut kena kepada orang yang beriman, maka ia merupakan ujian Allah yg boleh menjadikan mereka mencapai ganjaran syahid dan sekiranya ia kena kepada orang kafir, maka merupakan azab buat mereka.

نسأل الله أن يقينا شر الوباء والبلاء

Leave a Reply