Hukum Berpuasa Hari Sabtu

بسم الله الرحمن الرحيم

Ibnu Hajar Al-Asqolani menyebut 2 hadis di dalam kitabnya بلوغ المرام berkaitan puasa pada hari tersebut iaitu :
1. Hadis as-Somma binti Busr sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkata :
لا تصوموا يوم السبت إلا فيما افترض عليكم، فإن لم يجد أحدكم إلا لحاء عنب أو عود شجرة فليمضغها
“Janganlah kamu berpuasa pada hari sabtu melainkan puasa yang difardhukan ke atas kamu. Sekiranya salah seorang daripada kamu tidak menemui melainkan kulit anggur atau ranting pokok maka kunyahlah ianya” – riwayat ahmad, abu daud, tirmizi, annasai dan ibnu majah
2. Hadis ummu salamah sesungguhnya hari yang paling banyak Rasulullah صلى الله عليه وسلم berpuasa adalah hari sabtu dan ahad. Baginda berkata :
إنهما يوم عيد للمشركين وأنا أريد أن أخالفهم
“Sesungguhnya kedua dua hari tersebut merupakan hari raya orang-orang musyrikin dan aku mahu menyelisihi mereka” – riwayat an-nasai

Adapun hadis as-Somma, para ulama berselisih tentang kesohihannya. Mereka yang mendhoifkannya menghukum hadis ini sebagai mudthorib seperti kata ibnu hajar di dalam bulugrul marom. Bagi mereka yang mensohihkannya mengatakan ianya bukan hadis yg mudthorib kerana di antara syarat sesuatu hadis dihukum sebagai mudthorib adalah jalur-jalur sanadnya setanding. Namun hadis as-Somma ini ada jalur yang rojih iaitu melalui tsaur ibnu yazid daripada kholid ibnu ma’dan daripada abdullah ibnu busr daripada as-Somma. Adapun jalur jalur yang lain ianya marjuh. Ada 8 perowi yang tsiqoh telah meriwayatkan daripada tsaur melalui jalur yang rojih tersebut. Adapun jalur yg lain ianya diriwayatkan oleh perowi yg tsiqoh dan matruk atau shoduq atau majhul atau dhoif. Syaikh al-albani telah membahaskan hukum hadis ini secara panjang lebar di dalam kitabnya الإرواء dan merojihkan jalur yang dinyatakan di atas.

Adapun hadis kedua ianya adalah dhoif kerana pada sanadnya ada perowi yang tidak diketahui hal keadaannya. Oleh itu syaikh al-albani mendhoifkannya sebagaimana dalam silsilah dhoifah.

Para ulama berselisih pendapat tentang puasa pada hari sabtu sahaja tanpa didahului atau diikuti dengan hari yang lain. Sebahagian mereka menghukum ianya adalah makruh bagi puasa sunat berdasarkan hadis as-Somma di atas. Sebahagian yang lain berpendapat ia tidak makruh dan mengatakan hadis as-Somma adalah syazz atau mansukh.

Kesimpulannya larangan daripada berpuasa pada hari sabtu adalah berpuasa pada hari tersebut tanpa berpuasa sebelum atau selepasnya dan mengkhususkan puasa hari sabtu kerana mengagungkan hari tersebut sebagai yang dinyatakan oleh at-tirmizi, ibnu khuzaimah dan al-baihaqi.
والله أعلم

– dinukil daripada kitab فتح العلام syarahan بلوغ المرام karangan syaikh muhammad ibnu hizam حفظه الله

Leave a Reply