Tiada Pertentangan Di Antara Mengharapkan Redha Allah Dengan Inginkan SyurgaNya

1. Allah menyuruh mengejar syurgaNya :

⚫ {وسارعوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها السماوات والأرض أعدت للمتقين} [آل عمران : 133]

{Dan bersegeralah untuk mendapatkan keampunan daripada Rob kamu dan syurga yang luasnya seperti langit dan bumi. Ia disediakan buat orang orang yang bertaqwa} – Surah Al-Imran ayat 133

⚫ {سابقوا إلى مغفرة من ربكم وجنة عرضها كعرض السماء والأرض أعدت للذين آمنوا بالله ورسله… } [الحديد : 21]

{ Berlumba-lumbalah untuk mendapatkan keampunan daripada Rob kamu dan syurga yang luasnya seperti luas langit dan bumi. Ia disediakan buat orang-orang yang beriman dengan Allah dan rasulNya…} – Surah Al-Hadid ayat 21

2. Allah menawarkan syurga untuk hamba hambaNya yang beriman dan bertaqwa :

⚫ {إن الله اشترى من المؤمنين أنفسهم وأموالهم بأن لهم الجنة يقاتلون في سبيل الله فيقتلون ويقتلون وعدا عليه حقا في التوراة والإنجيل والقرآن…. } [التوبة : 111]

{Sesungguhnya Allah membeli jiwa raga dan harta benda daripada orang-orang yang beriman dengan sesungguhnya bagi mereka syurga. Mereka berperang di jalan Allah lalu mereka membunuh dan terbunuh. Janji yang benar buatnya di dalam kitab Taurat, Injil dan AlQuran…} – Surah At-Taubah ayat 111

⚫ {للذين أحسنوا الحسنى وزيادة ولا يرهق وجوههم قتر ولا ذلة أولئك أصحاب الجنة هم فيها خالدون} [يونس : 26]

{ Bagi orang-orang yang berbuat baik ganjaran kebaikan dan nikmat tambahan. Wajah mereka tidak diselubungi debu-debu dan kehinaan. Mereka merupakan penghuni-penghuni syurga. Mereka kekal di dalamnya” – Surah Yunus ayat 26

Di sebut di dalam hadis bahawa “kebaikan” yang dimaksudkan di dalam ayat di atas adalah syurga.

⚫ {والذين آمنوا وعملوا الصالحات لنبوئنهم من الجنة غرفا تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها نعم أجر العاملين} [العنكبوت : 58]

{ Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh nescaya Kami tempatkan mereka di dalam bilik-bilik daripada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Ianya merupakan sebaik-baik ganjaran buat orang-orang yang melakukan amalan} – Surah Al-Ankabut ayat 58

3. Syurga merupakan janji Allah buat hambaNya yang taat :

Allah menyatakan bahawa apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga mereka berkata :

⚫ {وقالوا الحمد لله الذي صدقنا وعده وأورثنا الأرض نتبوأ من الجنة حيث نشاء فنعم أجر العاملين} [الزمر : 74]

{Dan mereka berkata : Segala puji bagi Allah yang membuktikan benar JANJINYA kepada kami dan menjadikan kami pewaris bumi syurga untuk kami singgah di dalamnya di mana-mana tempat yang kami inginkan. Ianya merupakan sebaik-baik ganjaran buat orang-orang yang beramal} – Surah Az-Zumar ayat 74

⚫ {من عمل سيئة فلا يجزى إلا مثلها ومن عمل صالحا من ذكر أو أنثى وهو مؤمن فأولئك يدخلون الجنة يرزقون فيها بغير حساب} [غافر : 40]

{Siapa yang melakukan amalan kejahatan, maka dia tidak diberikan pembalasan melainkan yang setimpal dengannya. Dan siapa yang melakukan amalan soleh dikalangan lelaki dan perempuan dalam keadaan dia beriman maka mereka akan masuk ke dalam syurga yang mana mereka diberikan rezeki di dalamnya tanpa batasan} – Surah Ghofir ayat 40

⚫ {وبشر الذين آمنوا وعملوا الصالحات أن لهم جنات تجري من تحتها الأنهار كلما رزقوا منها من ثمرة رزقا قالوا هذا الذي رزقنا من قبل وأتوا به متشابها ولهم فيها أزواج مطهرة وهم فيها خالدون} [البقرة : 25]

{ Dan berilah khabar gembira buat orang-orang yang beriman dan beramal soleh sesungguhnya bagi mereka syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Setiap kali mereka diberikan dari syurga tersebut daripada buah-buahan mereka berkata : inilah apa yang telah diberikan kepada kita sebelum ini. Mereka diberikan dengannya apa yang serupa dan bagi mereka di dalamnya isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya} – Surah Al-Baqarah ayat 25

⚫ {إن الذين قالوا ربنا الله ثم استقاموا تتنزل عليهم الملائكة ألا تخافوا ولا تحزنوا وأبشروا بالجنة التي كنتم توعدون} [فصلت : 30]

{Sesungguhnya orang-orang yang berkata : “Rob kami ialah Allah”, kemudian mereka istiqomah, para malaikat akan turun kepada mereka (di saat kematian) seraya berkata : “Janganlah kamu takut dan janganlah bersedih. Bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu”} – Surah Fussilat ayat 30

⚫ {وعد الله المؤمنين والمؤمنات جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها ومساكن طيبة في جنات عدن ورضوان من الله أكبر ذلك هو الفوز العظيم} [التوبة : 72]

{Allah berjanji kepada orang-orang yang beriman dikalangan lelaki dan perempuan dengan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya. Juga tempat tinggal yang baik di dalam syurga aden dan keredhaan Allah adalah lebih besar. Yang demikian itu merupakan kejayaan yang besar} – Surah At-Taubah ayat 72

⚫ {والذين آمنوا وعملوا الصالحات سندخلهم جنات تجري من تحتها الأنهار خالدين فيها أبدا وعد الله حقا ومن أصدق من الله قيلا} [النساء : 122]

{Dan orang-orang yang beriman dan beramal soleh Kami akan masukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Ianya adalah janji Allah yang benar. Siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah} – Surah An-Nisa’ ayat 122

4. Para nabi dan orang yang soleh inginkan syurga Allah

⚫ Allah menceritakan di dalam kitabNya tentang doa Nabi Ibrahim :

{واجعلني من ورثة جنة النعيم} [الشعراء : 85]

{Dan jadikan aku dikalangan pewaris syurga yang penuh dengan kenikmatan} – Surah As-Syuara’ ayat 85

⚫ Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم mengharapkan kedudukan yang tertinggi di dalam syurga :

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّهُ سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : ” إِذَا سَمِعْتُمُ الْمُؤَذِّنَ فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ، ثُمَّ صَلُّوا عَلَيَّ، فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا، ثُمَّ سَلُوا اللَّهَ لِي الْوَسِيلَةَ ، فَإِنَّهَا مَنْزِلَةٌ فِي الْجَنَّةِ، لَا تَنْبَغِي إِلَّا لِعَبْدٍ مِنْ عِبَادِ اللَّهِ، وَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَنَا هُوَ، فَمَنْ سَأَلَ لِي الْوَسِيلَةَ حَلَّتْ لَهُ الشَّفَاعَةُ “- رواه مسلم

Daripada Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash, beliau mendengar Nabi bersabda : [ Apabila kamu mendengar suara muazzin, maka sebutlah sebagaimana yang dia sebutkan. Kemudian berselawatlah kepadaku. Sesungguhnya siapa yang berselawat kepadaku dengan satu selawat maka Allah akan berselawat (memujinya) kepadanya dengan sepuluh selawat. Kemudian mintalah untukku al-wasilah. Ia merupakan satu kedudukan di dalam syurga yang tidak diberikan melainkan kepada seorang sahaja daripada hamba Allah. Aku mengharapkan agar aku adalah hamba tersebut. Sesiapa yang meminta untukku al-wasilah maka dia layak mendapat syafaat pada Hari Kiamat] – Riwayat Imam Muslim

⚫ Utsman bin Affan رضي الله عنه inginkan syurga yang dijanjikan oleh Rasulullah :

عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ ، أَنَّ عُثْمَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَيْثُ حُوصِرَ أَشْرَفَ عَلَيْهِمْ، وَقَالَ : أَنْشُدُكُمْ، وَلَا أَنْشُدُ إِلَّا أَصْحَابَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” مَنْ حَفَرَ رُومَةَ فَلَهُ الْجَنَّةُ ” ؟ فَحَفَرْتُهَا، أَلَسْتُمْ تَعْلَمُونَ أَنَّهُ قَالَ : ” مَنْ جَهَّزَ جَيْشَ الْعُسْرَةِ فَلَهُ الْجَنَّةُ ” ؟ فَجَهَّزْتُهُمْ – رواه البخاري

Daripada Abu Abdurrahman, sesungguhnya ketika Utsman dikepung dia menjenguk kepada orang-orang yang mengepungnya dan berkata :

(Aku menyeru kamu dan aku tidak menyeru melainkan kepada sahabat-sahabat Rasulullah صلى الله عليه وسلم، tidakkah kamu tahu bahawa Rasulullah bersabda (maksudnya) :

[ Siapa yang menggali telaga “Ruumah“, maka dia mendapat syurga] .

Lalu aku menggalinya. Tidakkah kamu tahu bahawa Baginda bersabda :

[Siapa yang mempersiapkan tentera “‘usrah” maka dia mendapat syurga] .

Lalu aku mempersiapkan mereka) – Riwayat Imam Al-Bukhori

⚫ Asiah isteri Firaun memohon tempat tinggal di dalam syurga :

{وضرب الله مثلا للذين آمنوا امرأت فرعون إذ قالت رب ابن لي عندك بيتا في الجنة ونجني من فرعون وعمله ونجني من القوم الظالمين} [التحريم : 11]

{Dan Allah membuat contoh bagi orang-orang yang beriman dengan isteri Firaun ketika mana dia berkata : “Wahai Robku, binalah untukku rumah di dalam syurga di sisi Mu dan selamatkan aku daripada Firaun dan perbuatannya dan selamatkan aku daripada kaum yang zalim”} – Surah At-Tahrim ayat 11

⚫ Anas bin An-Nadr mengharapkan syurga melalui jihad menentang tentera musyrikin :

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ : غَابَ عَمِّي أَنَسُ بْنُ النَّضْرِ عَنْ قِتَالِ بَدْرٍ فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، غِبْتُ عَنْ أَوَّلِ قِتَالٍ قَاتَلْتَ الْمُشْرِكِينَ، لَئِنِ اللَّهُ أَشْهَدَنِي قِتَالَ الْمُشْرِكِينَ لَيَرَيَنَّ اللَّهُ مَا أَصْنَعُ. فَلَمَّا كَانَ يَوْمُ أُحُدٍ وَانْكَشَفَ الْمُسْلِمُونَ قَالَ : اللَّهُمَّ إِنِّي أَعْتَذِرُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ هَؤُلَاءِ – يَعْنِي أَصْحَابَهُ – وَأَبْرَأُ إِلَيْكَ مِمَّا صَنَعَ هَؤُلَاءِ – يَعْنِي الْمُشْرِكِينَ – ثُمَّ تَقَدَّمَ فَاسْتَقْبَلَهُ سَعْدُ بْنُ مُعَاذٍ، فَقَالَ : يَا سَعْدُ بْنَ مُعَاذٍ، الْجَنَّةَ وَرَبِّ النَّضْرِ إِنِّي أَجِدُ رِيحَهَا مِنْ دُونِ أُحُدٍ – رواه البخاري

Daripada Anas bin Malik, beliau berkata :

( Bapa saudaraku Anas bin An-Nadr tidak turut serta di dalam Peperangan Badar lalu dia berkata : “Wahai Rasulullah, aku tidak turut serta di dalam peperangan pertama kamu memerangi tentera musyrikin. Sekiranya Allah menjadikan aku turut serta dalam memerangi orang-orang musyrikin nescaya Dia akan melihat apa yang akan aku lakukan”.

Ketika tentera islam goncang di dalam Peperangan Uhud, dia berkata : “Ya Allah, aku memohon kemaafan di atas apa yang dilakukan oleh mereka (para sahabat) dan aku berlepas diri daripada apa yang dilakukan oleh mereka orang-orang musyrikin”.

Lalu dia maju ke medan perang dan terserempak dengan Saad bin Muaz. Dia berkata : “Wahai Saad, syurga.. demi Rob An-Nadr. Sesungguhnya aku mencium baunya dari belakang Bukit Uhud..”) – Riwayat Imam Al-Bukhori.

⚫ Para sahabat merasa hairan dengan manusia yang enggan masuk syurga :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : ” كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى “. قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ، وَمَنْ يَأْبَى ؟ قَالَ : ” مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى “- رواه البخاري

Daripada Abu Hurairoh, sesungguhnya Rasulullah bersabda :
[Semua umatku akan memasuki syurga kecuali orang yang enggan].
Mereka berkata : “Wahai Rasulullah, siapakah yang enggan?”
Sabda Baginda : [Siapa yang taat kepadaku dia akan masuk syurga dan siapa yang engkar kepadaku maka dia enggan (memasuki syurga )] – Riwayat Imam Al-Bukhori

Kesimpulannya :

1. Mengharapkan syurga Allah dalam melakukan amalan bukanlah satu kesalahan. Ini kerana yang menjanjikan syurga dan menawarkan syurga adalah Allah. Mana mungkin mengharapkan apa yang dijanjikan Allah merupakan satu kesalahan.

2. Semulia mulia manusia dikalangan para nabi seperti Nabi Muhammad dan Nabi Ibrahim mengharapkan syurga Allah. Kalaulah mengharapkan syurga merupakan satu kesalahan, maka tidak mungkin kedua duanya berbuat demikian.

3. Golongan yang terbaik di kalangan manusia seperti Asiah dan para sahabat inginkan syurga. Tidak mungkin Allah memuji mereka sekiranya mengharapkan syurga merupakan satu kesalahan.

Semoga Allah menunjukkan jalan yang benar buat kita semua.

Leave a Reply