KENAPA TAUHID DIBAHAGIKAN KEPADA TIGA

باسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن تبع هداه،
أما بعد

Allah سبحانه وتعالى memerintahkan manusia mentadabbur ayat-ayat AlQuran agar mereka dapat memahami dan menghayati isi kandungannya. FirmanNya :
{كتاب أنزلناه إليك مبارك ليدبروا آياته وليتذكر أولو الألباب} [ص : 29]
“kitab Kami turunkan kepada kamu yang penuh dengan kebaikan untuk mereka mentadabbur ayat-ayatnya dan supaya orang-orang yang berakal dapat menyedari (tentang ilmu dan tuntutannya)” – surah shaad 29

Bagi orang yang mempelajari AlQuran dan menghayati ayat-ayatnya dikalangan ulama, mereka diberikan kefahaman oleh Allah untuk mencungkil hikmah dan ilmu pengetahuan yang terkandung di dalamnya. Begitu juga pengkajian hadis-hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم membolehkan ilmuwan Islam mengeluarkan tulisan-tulisan ilmiyah yg membantu masyarakat memahami agama. Dari pengkajian inilah lahirnya buku buku berkaitan aqidah, tafsiran AlQuran, hadis dan syarahannya, fiqh dan sebagainya. Di dalam buku-buku tersebut kita temui hasil kajian mereka tentang AlQuran dan hadis yang menjadi panduan buat generasi terkemudian. Diantaranya pembahagian kajian fiqh berdasarkan jenis ibadat seperti kitab bersuci , solat, zakat, puasa dan sebagainya. Di dalam kitab-kitab tersebut dinyatakan bab-bab berkaitannya seperti cara mengambil wudhu, perkara membatalkan wudhu, syarat sah solat, rukun solat,rukun haji dan sebagainya.

Begitu juga di dalam kitab berkaitan ilmu tauhid, dibincangkan pembahagian tauhid berdasarkan penelitian isi kandungan ayat-ayat AlQuran dan hadis. Daripada kajian inilah para ulama membahagikan tauhid kepada 3 untuk memberikan kefahaman yang jelas tentang tauhid kepada umat Islam. Pembahagian tauhid kepada 3 bahagian lahir daripada kajian mereka terhadap dalil-dalil AlQuran dan hadis tersebut. Situasinya sama seperti apa yang kita temui di dalam kitab fiqh berkaitan bilangan syarat sah solat, rukun solat dan sebagainya. Sebagai contohnya Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم tidak menyebutkan syarat sah solat ada 6, rukun solat ada 13. Apa yang ditulis ulama fiqh di dalam kitab mereka lahir daripada kajian terhadap nas-nas tersebut. Ini menolak dakwaan musuh-musuh tauhid yang mengatakan pembahagian tauhid kepada 3 adalah bid’ah dan ia rekaan ibnu taimiyyah. Mana mungkin ia boleh digolongkan sebagai bid’ah di dalam agama sedangkan pembahagian tersebut berdasarkan dalil daripada AlQuran dan hadis. Kalau ianya bid’ah maka kita juga perlu membida’ahkan pembahagian – pembahagian yang dibuat oleh ulama di dalam kitab fiqh. Perkara seperti ini hanya dilakukan oleh orang yang terlalu jahil tentang agama atau orang yang memusuhi syariat Islam.

Pada siri yang akan datang akan dinyatakan – إن شاء الله – jenis-jenis tauhid tersebut, pengertiannya dan dalil-dalilnya untuk pembaca memahami dan menyakini bahawa tauhid yang 3 ini merupakan kebenaran yang tidak diragui oleh orang-orang yang beriman

Leave a Reply