Menu
Maktabah Al-Bahanji
  • Ahlan Wa Sahlan
    • Home
    • Tentang penulis
    • Hubungi penulis
      • Tauhid
      • Nasihat
      • Dakwah
      • Manhaj
      • Isu semasa
      • Mutiara kata
      • Umum
      • Zikir
      • Fiqh
      • Aqidah
  • Status
  • Login
Maktabah Al-Bahanji

KEUTAMAAN MADU LEBAH

Posted on September 4, 2025

KEUTAMAAN MADU LEBAH

Setiap penyakit ada ubatnya. Sabda RASULULLAH صلى الله عليه وسلم bermaksud :
“ALLAH tidak turunkan penyakit melainkan DIA turunkan untuk sakit tersebut penyembuhnya” – riwayat Al-Bukhori.

Inilah antara rahmat ALLAH kepada hamba-hambaNya. Dunia tempat ujian. Penyakit adalah diantara ujian ALLAH ke atas hamba-hambaNya. Mereka yang bersabar dengan ujian ALLAH akan mendapat balasan baik di hari kiamat.

Walaupun manusia berdepan dengan ujian, ALLAH Yang Maha Mengasihani tetap juga merahmati makhluk ciptaanNya. DIA telah nyatakan tentang sebahagian daripada ciptaanNya yang menjadi sebab mencapai kesembuhan. Antaranya ialah madu lebah. Keutamaan lebah dan madunya telah ALLAH nyatakan di dalam AlQuran :
يَخْرُجُ مِن بُطُونِهَا شَرَابٌ مُّخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِّلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Keluar dari perutnya (lebah) minuman yang mempunyai warna yang berbagai-bagai. Padanya ada penyembuh buat (sakit) manusia. Sesungguhnya pada demikian itu adalah tanda (kudrat dan kebesaran ALLAH) bagi kaum yang berfikir” – surah An-Nahl ayat 69

Yang berkuasa menyembuhkan penyakit hanyalah ALLAH عز وجل. Antara nama ALLAH ialah As-Syafi (Yang Maha Menyembuh). Apa yang kita ambil hanya sebab kesembuhan. Orang yang beriman sentiasa mengharap kepada ALLAH dan yakin dengan ayat-ayat AlQuran. Tidak perlu mereka mengharap kepada ubat bahan kimia yang mempunyai kesan sampingan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Maktabah Al-Bahanji | Powered by SuperbThemes