بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على نبينا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين
أما بعد
Sesungguhnya diantara punca utama rosaknya pegangan umat Islam ialah kewujudan golongan munafiq dan orang-orang yang membawa agenda ahli kitab : Yahudi dan Nasrani. Mereka yang belajar sejarah mengetahui peranan Abdullah Ibnu Ubay Ibnu Salul dan Abdullah Ibnu Saba’ dalam memecah belahkan umat Islam dan merosakkan pegangan mereka. Peristiwa seperti ini tidak terjadi di zaman awal Islam sahaja, bahkan ia berlanjutan sehingga ke hari kiamat.
Oleh itu, Allah تبارك وتعالى memperingatkan di dalam Al-Quran tentang bahayanya golongan munafiq dan ciri-ciri mereka. Diantara ciri-ciri tersebut ialah merendahkan dan mempersendakan Allah dan Rasul-Nya. Pembelajaran tentang AlQuran dan Hadis merupakan perkara utama untuk selamat daripada perosak agama dan jalan-jalan yang menyesatkan. Sesiapa yang tak memiliki ilmu agama akan mudah terpedaya dengan dakyah orang kuffar dan sekutu mereka dikalangan orang-orang munafiq. Firman Allah عز وجل :
{ وَأَنَّ هَٰذَا صِرَاطِي مُسْتَقِيمًا فَاتَّبِعُوهُ ۖ وَلَا تَتَّبِعُوا السُّبُلَ فَتَفَرَّقَ بِكُمْ عَن سَبِيلِهِ ۚ ذَٰلِكُمْ وَصَّاكُم بِهِ لَعَلَّكُمْ تتقون }
{ dan inilah jalan-Ku yang lurus (iaitu apa yang dijelaskan di dalam Al-Quran dan Hadis) maka ikutlah jalan tersebut. Janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain, kelak ia akan memisahkan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu Dia pesankan kepada kamu moga-moga kamu akan menjadi orang-orang yang bertaqwa } – Surah Al-An’aam ayat 153
Ikhwan Muslimun merupakan perosak umat. Pemimpin-pemimpin mereka membawa pemikiran menyelisihi petunjuk Al-Quran dan Sunnah dengan nama ingin memperjuangkan Islam. Merekalah yang mengajak kepada berbaik dengan kelompok ahli bid’ah seperti Syiah, bahkan bersatu dengan orang kuffar melalui agenda wahdatul adyan (penyatuan agama).
Kesesatan Yusuf Al-Qordhowi amat jelas. Dialah yang menghalalkan apa yang diharamkan di dalam syariat Islam seperti riba, ikhtilat, alat muzik dan lain-lain. Bukunya الحلال والحرام merupakan syubhat besar yang menjerumuskan umat Islam ke dalam larangan Allah. Lebih daripada itu, beliau mengajak kepada berbaik dan menghormati musuh-musuh Allah iaitu Yahudi dan Nasrani. Keengganan beliau menggelarkan musuh-musuh tersebut sebagai kafir merupakan kesesatan yang nyata. Tidakkah anda membaca Al-Quran yang mengkafirkan Yahudi dan Nasrani?
Diantara bala besar si Al-Qordhowi adalah merendahkan Robb kita Allah تبارك وتعالى. Sewaktu Shimon Peres mengalami kekalahan besar di dalam pilihanraya Israel, beliau mengatakan :
” JIKA ALLAH MENAWARKAN DIRINYA KEPADA MANUSIA (SEBAGAI CALON PILIHANRAYA) , NESCAYA DIA TAK AKAN MENCAPAI PERATUS SEPERTI INI “
Saya bersumpah dengan nama Allah, adakah orang yang beriman akan melafazkan perkataan seperti ini? Adakah Allah عز وجل begitu lemah sehingga tak mampu menjadikan hamba-hambaNya mengikut agama-Nya? Firman Allah :
{ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ لَآمَنَ مَن فِي الْأَرْضِ كُلُّهُمْ جَمِيعًا }
{ Jikalau Allah mahu nescaya semua penduduk langit akan beriman } – Surah Yunus ayat 99
Namun perlu diingatkan, Allah tidak berhajat kepada sokongan makhluk dan tak perlukan kepada menawarkan diri untuk mendapat sokongan makhluk. Jika semua manusia kufur pun, Allah tak memerlukan mereka. Cuma orang yang kemaruk dengan sistem pilihanraya sahaja yang melafazkan perkataan seperti ini.
Inilah antara bentuk persendaan orang-orang munafiq di zaman Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang merendahkan dan mengejek Baginda dan para sahabat sebagai pendusta dan pengecut. Lalu Allah menurunkan ayat :
قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ. لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ
{ Katakanlah (wahai Rasulullah) : adakah dengan Allah dan ayat-ayatNya dan Rasul-Nya kamu hendak persendakan? Janganlah meminta maaf. Kamu telah pun kufur selepas kamu beriman } – Surah At-Taubah ayat 65-66
Oleh itu, apa yang dinyatakan oleh para ulama sebenar bahawa Al-Qordhowi merupakan tali barut barat atau zindiq adalah benar. Sesiapa yang faham aqidah Islam dan cintakan agama Allah tidak akan bermudah-mudah dengan kesalahan seperti ini.
Tanbih :
Syaikh Muhammad Ibnu Soleh Ibnu Utsaimin telah ditanyakan tentang perkataan Al-Qordhowi tersebut lalu beliau menjawab :
” Aku berlindung dengan Allah (daripada kesalahan seperti ini). Wajib ke atas dia bertaubat daripada perkara ini. Jika tidak bertaubat dia menjadi murtad kerana menganggap makhluk lebih besar (hebat) daripada Pencipta. Hendaklah dia bertaubat. Allah menerima taubat hamba-hambaNya. Jika dia enggan bertaubat, maka wajib ke atas pemerintah memenggal tengkuknya “.
Inilah kalam yang benar daripada ulama ahli sunnah. Janganlah manusia meremehkan perbuatan Al-Qordhowi tersebut dengan cuba memburuk-burukkan orang yang menghukum perbuatan seperti ini sebagai kafir. Kita tak dapat bayangkan bagaimana orang yang digelar ulama besar boleh melafazkan perkataan seperti ini. Melainkan sekiranya dia seorang munafiq.
Al-Qordhowi cuba membuat kekeliruan tentang perkataan yang dia lafazkan dengan mendakwa apa yang dia sebutkan berdasarkan petunjuk Al-Quran. Dia berdalil dengan ayat-ayat yang menyatakan tentang kebanyakan manusia tidak beriman dan sesat seperti firman Allah :
{ وما أكثر الناس ولو حرصت بمؤمنين }
{ وإن تطع أكثر من في الأرض يضلوك عن سبيل الله }
Inilah tabiat ulama jahat. Qadar Allah yang menetapkan kebanyakan manusia tidak beriman tidaklah membolehkan kita menganggap seolah-olah Allah tiada kuasa ke atas hamba-hambaNya. Seperti yang telah dijelaskan, jikalau Allah mahu nescaya semua manusia akan beriman. Akan tetapi Dia menyesatkan sesiapa yg Dia kehendaki dan memberikan hidayat kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Hanya si pembuat talbis bermatlamat jahat cuba membela dirinya dan tak mahu bertaubat. Amat menduka cintakan, di negara kita masih ramai yang percaya kepada Al-Qordhowi dan menyanjung beliau.
والله المستعان