Menu
Maktabah Al-Bahanji
  • Ahlan Wa Sahlan
    • Home
    • Tentang penulis
    • Hubungi penulis
      • Tauhid
      • Nasihat
      • Dakwah
      • Manhaj
      • Isu semasa
      • Mutiara kata
      • Umum
      • Zikir
      • Fiqh
      • Aqidah
  • Status
  • Login
Maktabah Al-Bahanji

Adakah boleh keluarkan zakat fitrah dengan nilai (seperti mata wang) ?

Posted on May 22, 2020May 22, 2020

?Hadis 1 :
Daripada Ibnu Umar رضي الله عنهما kata beliau :

“Rasulullah صلى الله عليه وسلم memfardhukan zakat fitrah satu gantang daripada kurma. Atau satu gantang daripada barli ke atas hamba abdi, orang merdeka, lelaki, perempuan, kecil dan dewasa dikalangan orang-orang Islam.
Baginda memerintahkan ia ditunaikan sebelum manusia keluar untuk menunaikan solat” – Muttafaqun ‘alaih

?Hadis 2 :
Daripada Abu Said Al-Khudri رضي الله عنه kata beliau :

“Kami memberi zakat fitrah di zaman Nabi صلى الله عليه وسلم satu gantang daripada makanan atau satu gantang daripada kurma atau satu gantang daripada barli atau satu gantang daripada kismis”  – Muttafaqun ‘alaih

▪️Kata Imam An-Nawawi di dalam kitab Al-Majmuk :

“Di sisi kami tidak sah zakat fitrah dengan nilai. Inilah pendapat Malik, Ahmad dan Ibnu Mundzir. Kata abu hanifah : “sah”. Ibnu Mundzir menukilkan pendapat ini (sah) daripada Al-Hasan Al-Bashri, Umar Ibnu Abdil Aziz dan At-Tsauri. Kata beliau : kata Ishaq dan Abu Tsaur : tidak sah melainkan dalam keadaan darurat”

? Juzuk 6 kitab zakat

▪️Kata syeikh Muhammad Ibnu Hizam di dalam kitab فتح العلام :

“Jumhur ulama berpendapat tidak sah mengeluarkan zakat fitrah dengan nilai. Ia merupakan mazhab Ahmad, Malik, As-Syafie dan Zohiriyyah. Kata At-Tsauri dan Abu Hanifah : boleh. Ianya juga diriwayatkan daripada Al-Hasan Al-Bashri dan Umar Ibnu Abdil Aziz.

Yang betul adalah pendapat Jumhur✓ berdasarkan hadis Ibnu Umar dan Abu Said Al-Khudri di dalam bab ini. Mereka yang menyelisihi berdalil dengan atsar Muaz Ibnu Jabal رضي الله عنه beliau berkata kepada penduduk yaman : “datanglah kepadaku dengan kain-kain untuk aku ambil dari kamu sebagai ganti jagung dan barli. Ianya lebih mudah buat kamu dan lebih baik untuk orang-orang muhajirin di madinah”.

Atsar dikeluarkan oleh Yahya Ibnu Adam dalam kitab الخراج no 525 melalui jalur thowus daripada Muaz. Sanadnya terputus kerana Thowus tidak bertemu dengan Muaz.
? kitab zakat jilid : 2 .

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

©2025 Maktabah Al-Bahanji | Powered by SuperbThemes