Melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara sedar

Para ulama telah membantah dakwaan yang batil ini. Di sini dinyatakan keterangan mereka tentang permasalahan ini yang kebanyakannya dinukilan daripada kitab “Kata pemutus tentang hukum menyambut hari lahir Nabi” karangan syaikh ismail al-anshori rohimahullah :

1. Kata alqhodi abu bakr ibnu al-arobi :
Sebahagian orang yang soleh telah mengeluarkan pendapat yang janggal dengan mendakwa boleh melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم dengan mata kepala (dinukil daripada kitab fathul Bari 12/384)

3. Imam abul abbas ahmad ibnu umar alqurtubi menyebutkan pendapat yang mengatakan bahawa boleh melihat nabi secara sedar di dalam kitabnya المفهم syarahan bagi soheh muslim lalu memberi ulasan :
Perkara ini diketahui awal awal lagi tentang rosaknya oleh akal yang waras. Ia membawa erti manusia boleh melihat baginda seperti pada keadaan ketika baginda meninggal dunia. Juga bermakna ada dua orang dapat melihatnya pada satu masa di tempat yang berbeza. Baginda sekarang masih hidup dan keluar dari kubur, berjalan di pasar serta bercakap dengan manusia. Juga bermakna kubur baginda telah kosong dan ia diziarahi tanpa adanya jasad baginda. Diberikan salam kepada yang tiada kerana baginda boleh dilihat siang dan malam secara hakiki di luar kuburnya. Kejahilan seperti ini tidak dapat diterima oleh orang yang berakal.

4. Kata ibnu taimiyyah di dalam kitab العبادات الشرعية :
Dikalangan mereka ada yang menyangka nabi keluar dari kubur baginda dan bercakap dengan mereka. Mereka menganggap ianya satu bentuk karomah. Ada dikalangan mereka mendakwa sekiranya dimohon sesuatu kepada si mati maka si mati akan menyahut permintaannya. Sebahagian mereka membawa hikayat bahawa ibnu mandah akan pergi ke kubur nabi apabila keliru tentang sesuatu hadis lalu bertanya kepada baginda dan baginda menjawabnya. Begitu juga seorang lelaki dari maghrib terjadi padanya perkara yang sama dan menganggap ia merupakan sebahagian daripada karomah buatnya. Kata ibnu abdil Bar tentang orang yang mempunyai sangkaan seperti ini : kasihan kamu…adakah kamu berpandangan bahawa orang itu lebih mulia daripada generasi terawal dikalangan muhajirin dan anshor? Adakah dikalangan muhajirin dan anshor yang pergi ke kubur nabi dan bertanya kepada nabi lalu baginda menjawabnya? Sahabat pernah berselisih dalam beberapa perkara. Kenapakah tidak mereka bertanya kepada Nabi untuk mendapatkan jawapan baginda? Anaknya Fatimah pernah berselisih tentang hak warisannya. Kenapakah tidak dia bertanya kepada Rasulullah untuk mendapatkan jawapan?

4. Kata alhafidz azzahabi tentang biografi robie ibnu mahmud almardini di dalam kitab ميزان الاعتدال :
Dia adalah dajjal yang mendakwa sebagai sahabat nabi.
Maksud azzahabi bahawa dia mendakwa menjadi sahabat adalah dakwaannya bahawa dia melihat nabi di dalam mimpi ketika di madinah lalu baginda berkata kepadanya :kamu telah berjaya di dunia dan di akhirat. Kemudian dia mendakwa dia mendengar nabi mengatakan sekali lagi selepas terjaga dari tidur.

5. Alhafidz ibnu katsir menyebutkan di dalam biografi ahmad ibnu muhammad atthusi sesungguhnya ibnu jauzi menyatakan tentang perkara perkara mungkar berkaitan attusi antaranya dakwaannya bahawa setiap kali dia keliru tentang sesuatu maka dia dapat melihat nabi secara sedar lalu bertanya kepada baginda dan baginda memberi jawapan yang benar.

6. Alhafidz ibnu hajar menyebutkan bahawa ibnu abi hamzah menukilkan daripada sekumpulan ahli sufi mendakwa mereka melihat nabi di dalam mimpi kemudian melihatnya ketika sedar lalu mereka bertanyakan tentang beberapa perkara yang mereka bimbangkan. Maka baginda menunjukkan kepada mereka jalan untuk selamat daripadanya. Lalu terjadilah sebagaimana yang ditunjukkan. Alhafidz ibnu hajar mengulas dakwaan ini dengan katanya : ini amat mengelirukan. Kalau diterima zahir kisahnya maka kumpulan tersebut dikira sebagai sahabat Rasulullah dan sesiapa sahaja boleh menjadi sahabat sehingga ke hari kiamat.

7. Kata alhafidz assakhowi tentang melihat nabi selepas kewafatan baginda :
Tidak sampai kepada kami dakwaan ianya berlaku sama ada daripada sahabat nabi atau golongan selepas mereka. Fatimah dahulu amat sedih dengan kewafatan baginda sehingga beliau meninggal dunia selepas 6 bulan mengikut pendapat yang sahih. Rumah beliau berdekatan dengan kubur Rasulullah. Tidak dinukilan daripada beliau bahawa beliau melihat Rasulullah pada tempoh tersebut.

8. Kata mulla ali qori :
Apa yang didakwa oleh golongan sufi bahawa boleh melihat nabi ketika sedar selepas kewafatan baginda sekiranya benar maka menjadi kewajipan beramal dengan apa yang mereka dengar daripada baginda sama ada perintah, larangan, penetapan dan penafian. Sedia maklum bahawa ia tidak dibenarkan dengan ijmak ulama sebagaimana tidak dibenarkan berkaitan apa yang dilihat di dalam mimpi walaupun orang yang mendakwa melihat nabi itu merupakan sebaik baik manusia.

9. Kata imam Muhammad ibnu ismail asshon’aani selepas menyebutkan perkataan perkataan orang sufi yang menyalahi syariat :
Kalaulah ini bukan perkataan orang orang yang hilang akal maka tiada lagi kegilaan di alam ini. Yang lebih pelik adalah kata kata assuyuti : di antara bentuk karomah para wali adalah melihat dan bertemu dengan nabi secara sedar lalu mengambil daripada baginda apa yang dibahagikan daripada pendapat dan pengetahuan.

10. Kata ibnu taimiyyah :
Semua orang yang berkata bahawa dia melihat nabi dengan mata kepalanya maka itu hanyalah khayalan.

11. Kata syaikh ibnu baz rohimahullah :
Sebahagian manusia mendakwa Rasulullah hadir pada majlis maulidur rasul. Oleh itu mereka bangun berdiri mengalu alukan kedatangan baginda sebagai tanda kasih. Ini merupakan antara sebesar besar kebatilan dan seburuk buruk kejahilan. Sesungguhnya Rasulullah tidak akan keluar daripada kubur baginda sebelum hari kiamat. Baginda juga tidak berhubung dengan sesiapa pun di kalangan manusia dan tidak hadir ke majlis mereka. Bahkan baginda tetap berada di dalam kubur sehingga ke hari kiamat. Roh baginda berada di tempat yang paling tinggi di sisi Robnya di tempat yang mulia sebagaimana firman Allah di dalam surah al-mukminun :
“ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ * ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ” ]المؤمنون:15- 16[،
“Sesungguhnya kamu semua selepas daripada itu pasti akan mati. Kemudian sesungguhnya kamu semua pada hari kiamat akan dibangkitkan”.
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
وقال النبي : “أنا أول من تنشق الأرض عنه يوم القيامة ولا فخر. وأنا أول شافع وأول مشفع ولا فخر”
“aku merupakan manusia yang pertama sekali terbelah tanah kuburnya pada hari kiamat dan tiada kebanggaan. Aku merupakan yang pertama memberi syafaat dan dan yang pertama dibenarkan memberi syafaat dan tiada kebanggaan.
Selawat dan salam yang terutama buat baginda. Ayat dan hadis yang mulia ini dan yang semakna dengan kedua-duanya kesemuanya menunjukkan bahawa nabi dan orang lain yang telah mati hanya akan keluar dari kubur pada hari kiamat.

Dalil yang digunakan oleh golongan yang mendakwa boleh melihat Rasulullah صلى الله عليه وسلم secara sedar

Golongan ini berhujah dengan hadis yang diriwayatkan oleh abu hurairoh رضي الله عنه di dalam sohih albukhori, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda :
«من رآني في المنام فسيراني في اليقظة ولا يتمثل الشيطان بي»
“sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi maka dia akan melhatku ketika sedar. Syaitan tidak boleh menyerupai diriku”

Pembahasan tentang pendalilan hadis ini dalam permasalahan tersebut pada beberapa sudut :
1. Lafaz yang diriwayatkan di dalam hadis. Diriwayatkan daripada abu hurairoh dengan beberapa lafaz. Salah satu daripadanya adalah lafaz di atas. Adapun lafaz yang lain ada menyebutkan :
“sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi maka dia telah melihatku kerana syaitan tidak boleh menyerupai diriku”

Juga di dalam riwayat kedua :
“sesiapa yang melihat aku di dalam mimpi maka dia telah melihatku kerana syaitan tidak boleh menyerupai diriku”

Telah datang hadis daripada ramai sahabat selain abu hurairoh dengan lafaz yang hampir sama, berlainan dengan riwayat yang menyebutkan : “maka dia akan melihatku secara sedar ”
Disebabkan perbezaan lafaz ini maka para ulama menghukumkan bahawa lafaz :” maka dia akan melihatku secara sedar” adalah mengelirukan. Oleh itu mereka mentakwilnya dan menyatakan jawapan jawapan yang menjadikan lafaz tersebut bersesuaian dengan lafaz yang diriwayatkan oleh jumhur. Mereka mentakwilnya dengan beberapa takwilan yang mana ia disebutkan oleh alhafidz ibnu hajar secara ringkas iaitu :
1. Ia bermaksud perumpamaan. Ini berdasarkan sabda Rasulullah di dalam riwayat yang lain (bermaksud) : “seakan akan dia melihatku ketika sedar ”
2. Maknanya adalah dia akan melihat ketika sedar tafsirannya secara hakiki atau gambaran.
3. Ianya khusus bagi mereka yang hidup di zaman baginda dikalangan orang yang beriman akan tetapi belum melihatnya.
4. Dia akan melihat baginda di cermin miliknya sekiranya ia terjadi. Ini merupakan di antara andaian yang paling tersasar.
5. Dia akan melihat baginda pada hari kiamat dengan kelebihan yang khusus. Bukan sekadar melihat seperti biasa.
6. Dia sememangnya melihat baginda secara sedar dan bercakap dengannya. Telah dijelaskan bahawa pendapat ini mengelirukan dan ia adalah andaian yang batil.

Dalil dalil yang menunjukkan bahawa ia mustahil berlaku menurut syara’ :

Nabi صلى الله عليه وسلم telah wafat. Dakwaan bahawa baginda masih hidup setelah mati sebelum berlaku kiamat adalah mustahil mengikut syara’ kerana ia bertentangan dengan firman Allah :
إنك ميت وإنهم لميتون
“Sesungguhnya kamu (Rasulullah) mati dan mereka juga mati” – azzumar 30

Kata al-alusi di rohimahullah :
Mencukupi untuk membuktikan kebatilan pendapat ini firman Allah :
{اللَّهُ يَتَوَفَّى الْأَنْفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَالَّتِي لَمْ تَمُتْ فِي مَنَامِهَا فَيُمْسِكُ الَّتِي قَضَى عَلَيْهَا الْمَوْتَ وَيُرْسِلُ الْأُخْرَى إِلَى أَجَلٍ مُسَمًّى} [الزمر: 42]
“Allah yang mewafatkan jiwa ketika kematiannya dan jiwa yang tidak mati di dalam tidurnya. Lalu Dia memegang jiwa yang dimatikan dan melepaskan jiwa yang satu lagi sehingga ke tempoh yang ditetapkan” – azzumar 42
Apabila Allah memegang jiwa yang telah mati maka mana mungkin ia boleh bergerak bebas? Mana mungkin sesiapa sahaja boleh melihatnya?

Kata assonaani rohimahullah :
Ayat-ayat AlQuran dan hadis nabi sedia maklum berdasarkan agama bahawa orang yang dikebumikan tidak akan keluar darinya melainkan di mahsyar. Firman Allah :
{مِنْهَا خَلَقْنَاكُمْ وَفِيهَا نُعِيدُكُمْ وَمِنْهَا نُخْرِجُكُمْ تَارَةً أُخْرَى} [طه: 55]،
“daripada bumilah Kami mencipta kamu, kepadanya Kami kembalikan kamu dan daripadanya Kami keluarkan kamu sekali lagi” – thooha 55

Allah tidak mengatakan beberapa kali lagi.
FirmanNya :
{ثُمَّ أَمَاتَهُ فَأَقْبَرَهُ * ثُمَّ إِذَا شَاءَ أَنْشَرَهُ} [عبس: 21،
“kemudian Dia mematikannya dan mengebumikannya. Kemudian apabila Dia kehendaki maka Dia kembalikannya” – abasa 22.
FirmanNya :
{أَلَمْ يَرَوْا كَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُمْ مِنَ الْقُرُونِ أَنَّهُمْ إِلَيْهِمْ لَا يَرْجِعُونَ} [يس: 31].
“tidakkah mereka melihat berapa ramai di kalangan penduduk kurun kurun sebelum mereka yang telah Kami binasakan yang mana mereka tidak lagi kembali kepada mereka” – Yasin 32

Adapun hadis hadis nabi, ia datang secara mutawatir bahawa orang yang dimasukkan ke dalam kubur tidak akan keluar darinya melainkan ketika tiupan sangkakala kedua….kesimpulannya pendapat yang mengatakan si mati keluar daripada kubur dan muncul di hadapan mata untuk menyelesaikan keperluan orang hidup merupakan pendapat yang bertentangan dengan akal dan nas. Oleh itu tidak sabit daripada dalil syara’ bahawa boleh melihat nabi secara sedar selepas kewafatan baginda. Bahkan dalil dalil menunjukkan bahawa ia adalah mustahil menurut syara’. Apa yang ada hanya nas yang menunjukkan boleh melihat di dalam mimpi. Riwayat jumhur bagi hadis tersebut menguatkan bahawa lafaznya lebih kuat daripada lafaz yang mengelirukan tersebut. Dari sini nyatalah bahawa apa yang mereka sebutkan tentang melihat Rasulullah secara sedar merupakan khurafat orang-orang sufi dan kebatilan mereka

Leave a Reply