Soalan : “Kami inginkan nasihat buat orang yang mempunyai pelbagai jenis pekerjaan yang menyibukkannya sepanjang hari untuk bekerja mencari rezeki sehingga tidak dapat menuntut ilmu sedangkan ada masjid di kawasannya majlis ilmu yang disampaikan oleh penuntut ilmu yang bagus. Semoga Allah membalas kebaikan buat kamu”.
Jawapan Syaikh Yahya Al-Hajuri :
Kami sukakan agar saudara kami ahli sunnah menumpukan sepenuh masa untuk menuntut ilmu bagi yang mampu.
Siapa yang tidak mampu dan tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian kami katakan : apa yang tidak dapat dicapai kesemuanya maka jangan ditinggalkan kebanyakannya.
Sabda Rasulullah :
«إن لكل عمل شرة، ولكل شرة فترة؛ فمن كان فترته إلى سنتي فقد اهتدى، ومن كانت إلى غير ذلك فقد هلك»
[Sesungguhnya bagi setiap amalan itu ada waktu semangatnya dan bagi setiap semangat itu ada waktu kendurnya. Sesiapa yang waktu kendurnya kepada sunnahku maka dia mendapat hidayat dan siapa yang ke arah selain itu maka dia akan binasa]
Selagi mana dia di atas sunnah -walaupun terjadi kekenduran dan kesibukan -, maka bergembiralah buatnya dengan sunnah tersebut. Kita harap akan bertambah kebaikan buatnya. Kita inginkan agar dia mampu untuk menuntut ilmu kerana Nabi صلى الله عليه وسلم berkata :
من يرد الله به خيرا يفقه في الدين
[Siapa yang Allah inginkan kebaikan buatnya maka diberikan kefahaman tentang agama]
Tidak boleh tidak kita perlu merasakan bahawa seorang sunni berhadapan dengan ahli bid’ah. Kesemua golongan yang berada di atas kebatilan menentangnya. Dia perlukan kepada senjata ilmu untuk mengalahkan kemungkaran dan fitnah. Kemungkaran tidak boleh dilawan dengan kekuatan badan. Akan tetapi ia dikalahkan dengan firman Allah dan kata-kata Rasulullah. Firman Allah:
﴿بَلْ نَقْذِفُ بِالْحَقِّ عَلَى الْبَاطِلِ فَيَدْمَغُهُ فَإِذَا هُوَ زَاهِقٌ وَلَكُمُ الْوَيْلُ مِمَّا تَصِفُونَ﴾ [الأنبياء:١٨]،
{ Bahkan kami melontarkan kebenaran untuk mengalahkan kebatilan lalu ia memusnahkannya. Maka ia pun hilang. Dan bagi kamu kecelakaan disebabkan apa yang kamu sifatkan} -Surah Al-Anbiya ayat 18
FirmanNya lagi :
﴿وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ الْبَاطِلُ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا﴾ [الإسراء:٨١]
{ Katakanlah : Telah datang kebenaran dan hilang kebatilan. Sesungguhnya kebatilan itu pasti akan hilang } – Surah Al-Isra’ ayat 81
Ya.. Kamu mampu mengalahkan ke semua kumpulan musuh dan kesesatan dengan kitab dan sunnah. Kesemua tentera kebatilan kamu dapat kalahkan seorang diri.
Firman Allah :
﴿إِنَّ إِبْرَاهِيمَ كَانَ أُمَّةً قَانِتًا للهِ حَنِيفًا وَلَمْ يَكُ مِنَ المُشْرِكِينَ﴾ [النحل:١٢٠]
{ Sesungguhnya Ibrahim merupakan imam yang taat kepada Allah lagi hanif dan dia bukanlah dikalangan golongan musyrikin } – Surah An-Nahl ayat 120
Ertinya : baginda adalah hujah.
Kamu akan menjadi kumpulan teramai apabila Allah memberikan ilmu pengetahuan, ketaqwaan dan kebaikan buat kamu berdasarkan pedoman dan cahaya. Tidak berdasarkan asobiyah (fanatisme) dan taklid.
Oleh itu, kami menasihatkan saudara kami ahli sunnah kesemuanya agar menumpukan kepada menuntut ilmu di masa sahaja mereka berada. Jangan jadikan dunia sebagai batu penghalang di hadapan mereka.
Allah berkata di dalam hadis qudsi :
يا ابن آدم! تفرغ لعبادتي أملأ قلبك غنى، وأملأ يديك رزقًا، لا تباعد مني فأملأ قلبك فقرًا، وأملأ يديك شغلًا
[ Wahai anak Adam, tumpukan kepada pengibadatan kepadaKu, maka aku akan penuhkan hati kamu dengan sifat kaya diri. Aku akan penuhkan kedua tangan mu dengan rezeki. Janganlah kamu menjauhkan diri dariku. Kelak aku akan penuhkan hatimu dengan sifat kefakiran dan jadikan kedua tangan mu dalam kesibukan]. – Disebutkan oleh Syaikh Muqbil di dalam kitab الصحيح المسند مما ليس في الصحيحين
Bukanlah ia bermaksud kamu menumpukan sepenuh masa dengan duduk di suatu sudut seperti orang sufi. Tidak. Ini bukan pegangan ahli sunnah. Akan tetapi yang dimaksudkan adalah apa yang disebutkan oleh Allah di dalam kitabNya :
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴾ [المنافقون:٩]
{Wahai orang orang yang beriman janganlah harta dan anak anak kamu melalaikan kamu daripada mengingati Allah. Sesiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah merupakan orang orang yang rugi} – Surah Al-Munafiqun ayat 9
Beginilah cara menuntut ilmu di dalam agama. Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
طلب العلم فريضة على كل مسلم
[Menuntut ilmu adalah kewajipan ke atas setiap muslim].
Ilmu itu adalah apa yang menjadikan manusia faham tentang agamanya, dia dapat beribadat kepada Allah mengikut sunnah yang merupakan kewajipan ke atasnya. Sunnah itu merupakan islam dan islam adalah sunnah.
Sekiranya dia mempunyai keluarga dan bekerja dengan pekerjaan yang tidak menyibukkannya daripada menuntut ilmu, maka pekerjaannya adalah jalan untuk mendapatkan ilmu sekiranya dia penuntut ilmu yang miskin.
Kamu jadikan pekerjaan tersebut sebagai jalan untuk mendapatkan ilmu, memelihara air muka dan memuliakan ilmu. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Sufyan Ats-Tsauri : ”
(kalaulah tidak kerana pekerjaanku, nescaya mereka akan menyapu muka dan tanganku dengan sapu tangan).
Ibnu mubarak berniaga untuk menyara sebahagian pelajarnya.
Akan tetapi, adakah dia menjadikan perniagaan sebagai matlamat lalu meninggalkan ilmu? Tidak..wallahi.
Bahkan mereka menggunakan pekerjaan tersebut – apabila tidak orang yang membantu mereka – untuk mendapatkan ilmu.
Mereka menghimpunkan di antara belajar, mengajar dan menulis dan segala perkara yang mendatangkan manfaat kepada umat islam dengan melakukan pekerjaan yang mana keuntungannya digunakan untuk menuntut ilmu.
? Sumber : الكنز الثمين