DI MANA ALLAH?

بسم الله الرحمن الرحيم

Soalan ini pernah diajukan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم kepada sebahagian daripada pengikut baginda. Di dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam muslim daripada muawiyah ibnu al-hakam as-sulami beliau berkata :

وكانت لي جارية ترعى غنما لي قبل أحد والجوانية فاطلعت ذات يوم فإذا الذيب قد ذهب بشاة من غنمها وأنا رجل من بني آدم آسف كما يأسفون لكني صككتها صكة فأتيت رسول الله صلى الله عليه وسلم فعظم ذلك علي قلت يا رسول الله أفلا أعتقها قال: ((ائتني بها)). فأتيته بها فقال لها: ((أين الله)). قالت في السماء.
قال: ((من أنا)). قالت أنت رسول الله. قال: ((أعتقها فإنها مؤمنة)).

“Aku mempunyai seorang hamba wanita bekerja mengembala kambingku di sebelah bukit uhud dan al-jawwaniyah. Lalu aku pergi menjenguk kambingku pada suatu hari dan aku dapati serigala telah membaham seekor kambing yg dipelihara olehnya. Aku sebahagian daripada anak Adam yg marah sebagaimana mereka marah. Akan tetapi aku telah menamparnya. Lalu aku datang kepada Rasulullah dan baginda memandang serius terhadap perbuatanku. Lalu aku berkata : wahai Rasulullah, kenapa tidak aku bebaskannya? Kata Baginda : bawakan dia kepadaku. Lalu aku datang membawanya. Kemudian Rasulullah bertanya kepadanya : di mana Allah? Dia berkata : di atas langit. Baginda bertanya lagi : siapa aku? Dia berkata : kamu utusan Allah. Lalu Rasulullah bersabda : bebaskan dia kerana sesungguhnya dia SEORANG WANITA YANG BERIMAN ”

Hadis di atas merupakan sebahagian daripada dalil-dalil yang banyak menunjukkan bahawa Allah berada di atas. Ada 7 ayat di dalam AlQuran menyatakan Dia berada di atas arasyNya seperti firmanNya :

{إن ربكم الله الذي خلق السماوات والأرض في ستة أيام ثم استوى على العرش يدبر الأمر ما من شفيع إلا من بعد إذنه ذلكم الله ربكم فاعبدوه أفلا تذكرون} [يونس : 3]
“Sesungguhnya Rob kamu ialah Allah yang mencipta langit dan bumi dalam tempoh 6 hari. Kemudian Dia berada di atas arasy. Dia mentadbir segala urusan. Tiada pemberi syafaat melainkan selepas izinNya. Itulah Allah yang merupakan Rob kamu. Maka beribadatlah kepadaNya. Kenapakah tidak kamu menyedari? ” – surah yunus 3

Di dalam ayat yang lain Allah berfirman :

{الرحمن على العرش استوى} [طه : 5]
“ar-Rahman berada d atas arasy”-surah thoha 5

Oleh itu pegangan ahli sunnah wal jamaah adalah beriman bahawa Allah berada di atas arasyNya sesuai dengan kebesaran dan keagonganNya dan tidak menyerupai makhluk ciptaanNya. Inilah pegangan para sahabat, tabien, pengikut mereka dan para imam selepas mereka. Kata imam al-auzaie sebagaimana yang diriwayatkan oleh al-baihaqi di dalam kitab الأسماء والصفات :
كنا والتابعون متوافرون نقول: إن الله عز وجل فوق عرشه، ونؤمن بما وردت به السنة من صفاته

“Kami dan golongan tabien yang ramai mengatakan : sesungguhnya Allah di atas arasyNya. Kami beriman dengan apa yang datang daripada sunnah tentang sifat-sifatNya”

Imam az-zahabi menyebutkan di dalam kitab العلو daripada abu hanifah bahawa beliau ditanyakan oleh abu muthie’ alhakam (penulis kitab الفقه الأكبر) tentang orang yang tidak tahu sama ada Robnya berada di atas langit atau di bumi lalu abu hanifah berkata : dia telah kufur kerana Allah menyatakan di dalam AlQuran :

الرحمن على العرش استوى

“Ar-Rahman berada di atas arasy”

Dan arasyNya berada di atas langitNya ”

Dalil-dalil di atas hanya sebahagian kecil daripada dalil-dalil yang banyak tentang keimanan yang sebenar tentang Allah iaitu Dia berada di atas arasyNya sebagaimana yang dikhabarkan di dalam nas dan dinukilkan daripada ulama ahli sunnah yang terawal. Maka tidak boleh kita menukar ganti i’tiqad yang murni ini dengan pegangan baru yang dibawa oleh generasi selepas mereka. Ini kerana generasi salafus soleh lebih memahami aqidah Islam sebenar dan lebih berilmu lagi bijaksana daripada generasi terkemudian. Kalaulah kalimah istiwa’ membawa makna mengelirukan dan menjerumuskan kepada i’tiqad yang kufur nescaya akan ada keterangan daripada mereka. Kalaulah maknanya yang sebenar adalah berlainan dengan apa yang pada kalimah tersebut nescaya akan ada takwilan dari mereka.

Oleh itu hendaklah kita mengikuti generasi salafus soleh yang mendapat tazkiyah daripada Allah dan rasulNya. Sebaik-baik jalan adalah jalan mereka

Leave a Reply