LAFAZ ISTIGHFAR YANG PALING UTAMA DAN KELEBIHANNYA

عن شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “ سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ :

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِي، فَاغْفِرْ لِي ؛ فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ “

قَالَ : ” وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ “-رواه البخاري

Daripada syaddad ibnu aus رضي الله عنه, daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم kata baginda :

” Ketua bagi lafaz istighfar adalah dengan kamu menyebut (maksudnya) :

Ya Allah, Engkau adalah Robku, tiada ilah yang benar melainkan kamu. Kamu telah mencipta diriku dan aku merupakan hamba Kamu. Aku berada di atas perjanjian dengan Kamu setakat yang aku mampu. Aku berlindung dengan Kamu daripada keburukan yang aku lakukan. Aku mengakui nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku dan aku mengakui tentang dosa-dosaku maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Kamu.

Siapa yg menyebutnya di sebelah siang dalam keadaan dia yakin dengannya lalu dia mati pada siang hari tersebut sebelum masuknya malam hari maka dia akan memasuki syurga. Siapa yang menyebutnya sebelah malam dalam keadaan dia yakin dengan maknanya lalu dia mati sebelum masuk waktu pagi maka dia akan memasuki syurga “- riwayat albukhori

Leave a Reply