SEBESAR-BESAR MUSIBAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Kita hidup di zaman manusia diulit dengan kemewahan dan keseronokan. Kebanyakan dikalangan mereka berlumba-lumba mengejar harta, wang ringgit dan dibuai dgn hiburan dan sukan. Kerana asyik dgn hal-hal tersebut manusia tidak lagi mempedulikan agama mereka. Mereka tidak merasakan perlunya mempelajari ilmu berkaitan wahyu Allah yang diturunkan kepada hamba-hambaNya. Ada pengetahuan atau tidak bukanlah sesuatu yang penting.

Ini merupakan musibah yang besar kerana Allah menurunkan AlQuran sebagai hidayat buat manusia untuk selamat daripada jalan yang menyesatkan, jalan yang membawa kepada neraka. Namun mereka tetap tidak mempedulikannya.

Adakah anda menyangka manusia akan selamat daripada tipu daya syaitan dalam keadaan dia tidak mengambil pedoman daripada apa yang ada di dalam wahyu ar-Rahman?

Leave a Reply